Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat DUN Suka Menanti
30 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada 29 Ogos 2024, Khamis telah diadakan Program Jiwa Komuniti Madani Peringkat DUN Suka Menanti , bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Jalan Stadium, Alor Setar sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan bermula jam 8.00 pagi hingga 3.00 petang oleh Jabatan Penerangan disertai agensi daripada MCMC, KEMAS, Giatmara, Tekun, Pejabat Kesihatan dan Komuniti Madani DUN Suka Menanti. Program dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Haji Zamri Bin Yusuf, Penasihat Komuniti Madani.
Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang program adalah pertandingan mewarna dan pertandingan Runaway dewasa dan kanak-kanak. Beberapa pengisian juga turut diadakan dari Jabatan penerangan, taklimat oleh NADI dan jugak TEKUN. Cabutan bertuah dan jualan Rahmah turut diadakan disamping pameran agensi , jualan produk usahawan NADI dan KEMAS beserta jamuan rakyat.
Program ini melibatkan penyertaan NADI Kluster Kota Setar , dimana setiap bulan terdapat pelbagai program dibawah Jabatan Penerangan Alor Setar dianjurkan melalui peringkat DUN dan Parlimen bersama agensi-agensi jemputan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: